Kegunaan Kelapa Sawit

Buah KELAPA SAWIT menghasilkan pelbagai kegunaan setelah diproses di kilang.   Terdapat tiga bahan utama yang dihasilkan :

(a) Isirung kelapa sawit

(b) Minyak isirung kelapa sawit

(c) Minyak sawit mentah

1.  Isirung Kelapa Sawit

Isirung kelapa sawit digunakan sebagai bahan makanan ternakan dan bahan bukan makanan.  Bahanbukan makanan seperti alkhohol lauryl, bahan sabun pencuci dan asid lemak. 

2.  Minyak Isirung Kelapa Sawitt

Minyak isirung pula digunakan untuk membuat bahan makanan seperti marjerin, lemak majmuk, krim, ais krim dan lemak masakan.  Bahan bukan makanan boleh dihasilkan seperti membuat bahan sabun pencuci, olkhohol lauryl dan asid lemak.  Kandungan minyak kelapa sawit dalam marjerin antara lapan peratus hingga 13.6%

Minyak sawit juga terkenal bagoi membuat bahan bukan makanan, antaranya untuk membuat sabun, minyak gris, minyak pelincir, lilin, krim pencuci, bahan solekan dan ubat-ubatan. 

Perusahaan membuat sabun yang bermutu memerlukan minyak kelapa sawit yang berkualiti, manakala bagi minyak sawit yang rendah mutunya digunakan membuat sabun biasa. 

Kini, perkembangan teknologi dan pendidikan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) Dan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) mendapati minyak sawit amat berguna sebagai bahan pembakar seperti diesel dan lilin. 

3.  Minyak Sawit Mentah

Minyak sawit mentah adalah dalam bentuk separa pepejal (20% pepejal) atau lemak apabila diproses pada suhu 20°°ēc dan purata suhu air 36°°ēc.  Justeru itu, minyak ini merupakan bahan yang tidak mudah masam dan mempunyai kandungan yang sesuai untuk membuat makanan seperti marjerin dan lelemak masakan seperti keju sayur. 

Minyak sawit juga terkenal sebagai bahan bukan makanan, antaranya untuk membuat sabun, minyak gris, lilin, minyak pelincir, krim pencuci, bahan solekan dan ubat-ubatan. 

Proses pepecahan minyak sawit mentah dijalankan secara berperingkat-peringkat untuk mendapatkan bahagian cecair, olein, sterin dan bahagian pepejal.

.01_03_t.gif (10897 bytes)01_04_t.gif (10650 bytes)

Harvest Leaves.GIF (6678 bytes)