PENGENALAN
       Industri kelapa sawit Malaysia telah berkembang dengan pesat dan merupakan sektor pertanian terpenting dari segi sumbangannya ke atas
pendapatan eksport negara pada masa ini Malaysia bukan sahaja merupakan pengeluar dan pengeksport utama minyak sawit tetapi juga
sebagai pengeksport terbesar minyak dan lemak di dunia.
Pada tahun 2000, jumlah kawasan yang ditanam dengan kelapa sawit mentah dijangka meningkat kepada 8juta tan metrik.
        Bagi memastikan industri ini terus berkembang secara '
Viable' dan
mempunyai daya persaingan, semua pihak  yang terlibat dalam industri
ini termasuk sektor perladangan mesti berusaha bersungguh-sungguh dan komited mempertingkatkan kualiti pengeluaran minyak sawit Malaysia. 
Usaha Lembaga Pendaftaran Dan Pelesenan Minyak Kelapa Sawit (PORLA) menerbitkan Manual Penggredan Buah Kelapa Sawit merupakan satu komiten untuk menggalakkan kesedaran kualiti khususnya di kalangan pengusaha ladang dan pekebun - pekebun kecil.  Manual ini menguraikan tatacara penggredan yang meliputi
kaedah persampelan, kaedah penggrekan, pengiraan kadar perahan serta dokumen - dokumen yang perlu untuk penggredan.
        
Manual ini diterbitkan sebagai asas rujukan penggredan buah kelapa sawit terutamanya kepada mereka yang tidak mempunyai skim penggredan sendiri.  Kumpulan kilang - kilang dan ladang - ladang besar

yang mempunyai penggredan sendiri boleh juga menggunakan manual 
skim penggredan ini sebagai pilihan sekiranya mereka membeli buah kelapa sawit daripada pembekal luar.
SEJARAHNYA
KEGUNAAN KELAPA SAWIT
BATANG DAN PELEPAH
KLASIFIKASI TANDAN

01_03_t.gif (10897 bytes)01_04_t.gif (10650 bytes)

Harvest_Leaves.GIF (6680 bytes)