Make your own free website on Tripod.com

penyakit yang menyerang pokok kelapa sawit

 

(1) Penyakit Bintik Daun Helminthosporium.
(2) Penyakit Karah Anak benih(phythium dan phizoctonia)
.    
(3) Penyakit Reput Daun Corticium.
(4) Penyakit  Reput Pucut.
(5) Penyakit Reput Pangkal Batang (Bagal Stem Pot).

 

(1) penyakit Bintik Daun Helminthosporium.
          Penyakit ini adalah disebabkan oleh sejenis kulat yang suka menyerang pada bahagian daun.  Penyakit ini banyak terdapat pada anak-anak pokok kelapa sawit yang masih didalam semaian polibeg.
<Tanda-tanda penyakit>
kelihatan beberapa bintik-bintik pada daun kelapa sawit. Bintik-bintik itu berwarna perang dan dikelilingi warna kuning.  Bintik-bintik tersebut akan membesar sekiranya serangan kulat bertambah serius.  Ada juga seluruh bahagian daun anak kelapa sawit menjadi hitam.
Sekiranya anak-anak sawit diserang oleh penyakit bintik-bintik daun ini, lama-kelamaan anak kelapa sawit akan mati kerana bintik-bintik hitam akan merebak ke bahagian pangkal daun sehingga proses fotosintesis tidak dapat dilakukan.