penyakit yang menyerang pokok kelapa sawit |
(1) Penyakit Bintik Daun
Helminthosporium.
(2) Penyakit Karah Anak benih(phythium dan phizoctonia).
(3) Penyakit Reput Daun Corticium.
(4) Penyakit Reput Pucut.
(5) Penyakit Reput Pangkal Batang (Bagal Stem Pot).
(1) penyakit
Bintik Daun Helminthosporium.
Penyakit ini adalah disebabkan
oleh sejenis kulat yang suka menyerang pada bahagian daun. Penyakit ini banyak
terdapat pada anak-anak pokok kelapa sawit yang masih didalam semaian polibeg.
<Tanda-tanda penyakit>
kelihatan beberapa bintik-bintik pada daun kelapa sawit. Bintik-bintik itu
berwarna perang dan dikelilingi warna kuning. Bintik-bintik tersebut akan membesar
sekiranya serangan kulat bertambah serius. Ada juga seluruh bahagian daun anak
kelapa sawit menjadi hitam.
Sekiranya anak-anak sawit diserang oleh penyakit bintik-bintik daun ini,
lama-kelamaan anak kelapa sawit akan mati kerana bintik-bintik hitam akan merebak ke
bahagian pangkal daun sehingga proses fotosintesis tidak dapat dilakukan.