KEGUNAAN BATANG DAN PELEPAH

Pelepah dan batang kelapa sawit boleh digunakan dalam perusahaan mengeluarkan bahan-bahan binaan, yang diproses untuk dijadikan sumber kayu seperti papan, dinding dan siling. 

Dalam jangka masa panjang, sumber kayu daripada pokok kelapa sawit dapat menampung kekurangan sumber kayu daripada sektor perhutanan kesan daripada pembukaan tanah-tanah hutan untuk dijadikan projek pembangunan dan pertanian. 

Di samping itu, pelepah dan batang kelapa sawit boleh dijadikan bahan-bahan bakar dan penghasilan bahan kimia.   Pada umumnya, semua tumbuh-tumbuhan menggunakan tenaga matahari untuk hidup dan membesar. 

Tenaga ini boleh digunakan secara langsung sebagai bahan bakar atau diprises untuk mendapatkan bahan bakar dalam bentuk pepejal yang lebih sempurna.  Batang kelapa sawit juga mengandungi karbohidrat yang boleh ditukarkan kepada gas atau cecair seperti metanol dan etanol.  

Biasanya, pelepah-pelepah yang telah dipangkas, diatur dan ditimbun di antara barisan pokok, seterusnya dibiarkan reput di situ.  

Pelepah-pelepah yang reput membekalkan unsur-unsur pemakanan untuk menambah kesuburan tanah di samping menyimpan air dan membantu mengurangkan hakisan tanah.  Kajian mendapati batang dan daun kelapa sawit mengandungi sejumlah besar nitrogen dan kalium.

Batang sawit juga mengandungi unsur-unsur pemakanan tumbuhan yang boleh dikembalikan kepada tanah secara langsung, iaitu apabila batang-batang yang ditebang dibiarkan reput diladang.

Penyelidikan berterusan yang dijalankan oleh PORIM dan UPM meningkatkan lagi penggunaan pelepah dan batang kelapa sawit untuk di jadikan berbagai-bagai bahan kegunaan yang berharga.

Kini industri yang berasakan bahan-bahan sisa dari ladang kelapa sawit semakin berkembang.   Ini dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi pekebun-pekebun kecil dan pendapatan negara amnya.

 

  01_03_t.gif (10897 bytes)01_04_t.gif (10650 bytes)

Rainbar.gif (15138 bytes)