Industri
kelapa sawit Malaysia telah berkembang dengan pesat dan merupakan sektor pertanian
terpenting dari segi sumbangannya ke atas
pendapatan eksport negara pada masa ini Malaysia bukan sahaja merupakan pengeluar dan
pengeksport utama minyak sawit tetapi juga
sebagai pengeksport terbesar minyak dan lemak di dunia.Pada tahun 2000, jumlah kawasan
yang ditanam dengan kelapa sawit mentah dijangka meningkat kepada 8juta tan metrik.
Bagi memastikan industri ini terus
berkembang secara 'Viable' dan
mempunyai daya persaingan, semua pihak yang terlibat dalam industri
ini termasuk sektor perladangan mesti berusaha bersungguh-sungguh dan komited
mempertingkatkan kualiti pengeluaran minyak sawit Malaysia. Usaha Lembaga Pendaftaran Dan Pelesenan Minyak Kelapa Sawit (PORLA)
menerbitkan Manual Penggredan Buah Kelapa Sawit
merupakan satu komiten untuk menggalakkan kesedaran kualiti khususnya di kalangan
pengusaha ladang dan pekebun - pekebun kecil. Manual ini menguraikan tatacara
penggredan yang meliputi
kaedah persampelan, kaedah penggrekan, pengiraan kadar perahan serta dokumen - dokumen
yang perlu untuk penggredan.
Manual ini diterbitkan sebagai
asas rujukan penggredan buah kelapa sawit terutamanya kepada mereka yang tidak mempunyai
skim penggredan sendiri. Kumpulan kilang - kilang dan ladang - ladang besar
yang mempunyai penggredan sendiri boleh juga menggunakan manual
skim penggredan ini sebagai pilihan sekiranya mereka membeli buah kelapa sawit daripada
pembekal luar.