KLASIFIKASI TANDAN

Tandan buah kelapa sawit boleh dikelas dan digred mengikut kriteria - kriteria seperti                                                               berikut : -        
(1) Tandan Masak
(2) Tandan Mengkal
(3) Tandan Muda
(4) Tandan Terlalu Masak
(5) Tandan Kosong
(6) Tandan Busuk
(7) Tandan Tangkai Panjang
(8) Tandan Tidak Segar
(9) Tandan Lama
(10) Tandan Kotor
(11) Tandan Kecil
(12) Tandan Rosak
(13) Tandan Berpenyakit
(14) Tandan Dura
(15) Buah Relai
                                                                        
                               
                              
               
 
 
            
                                                                               
(1)  TANDAN MASAK
            Tandan masak ialah segar yang berwarna oren kemerahan dan mesokarpa buah   lapisan luarnya berwarna oren.  Tandan ini mempunyaai sekurang - kurangnya sepuluh (10) soket segar buah relai dan lebih daripada lima puluh peratus (50%) buah masih melekat pada tandan semasa pemeriksaan di kilang.  Tandan dan buah relai hendaklah dihantar ke kilang dalam masa 24 iam selapas dituai.

 

(2)  TANDAN MENGKAL
              Tandan mengkal ialah tandan segar yang berwarna oren kemerahan atau ungu kemerahan dan mesokarpa buah lapisan luarnya berwarna oren kekuningan. 

 

(3)  TANDAN MUDA
             
Tandan muda ialah tandan segar yang berwarna hitam atau ungu kehitaman dan mesokarpa buah lapisan luarnya berwarna kekuning.  Tandan ini tidak mempunyai soket segar buah relai semasa pemeriksaan dikilang.  soket buah relai (jika ada) pada tandan buah muda bukan disebabkan oleh proses kemasakan biasa.

 

(4)  TANDAN TERLALU MASAK
              Tandan terlalu masak ialah tandan segar yang mempunyai buah berwarna merah tua.  Tandan dan buah relai handaklah dihantar ke kilang dalam masa 24 jam selepas tuai. 

 

(5)  TANDAN KOSONG
              Tandan kosong ialah tandan yang lebih daripada sembilan puluh peratus (90%) semasa pemeriksaan di kilang.

 

(6)  TANDAN BUSUK
              Tandan busuk ialah tandan yang sebahagian atau kesemua bahagian tandan dan buah relainya telah berubah warna kepada kehitaman, busuk dan berkulat.

 

(7)  TANDAN TANGKAI PANJANG
              Tandan tangkai panjang ialah tandan segar yang mempunyai tangkai melebihi 5 cm diukur dari paras terbawah tangkai tandan.

 

(8)  TANDAN TIDAK SEGAR
             
Tandan tidak segar ialah tandan yang telah dituai dan dibiarkan di ladang lebih daripada  48 jam sebelum dihantar ke kilang dan semua atau sebahagian buah serta tangkainya telah layu.  Tangkai tandan tidak segar biasanya kering dan berwarna kehitaman.

 

(9)  TANDAN LAMA
               Tandan lama ialah yang telah dituai dan dibiarkan lama di ladang sebelum dihantar ke kilang.  Buah yang masih  melekat pada tandan ini telah kecut dan berwarna perang kehitaman.  Tangkainya juga telah kecut, lembut, berserabut dan warna kehitaman.

 

(10)  TANDAN KOTOR
                Tandan kotor ialah tandan yang lebih separuh daripada permukaan buahnya bermulur, berpasir, beramang dan dicampur dengan batu atau jirim - jirim asing yang lain.

 

(11)  TANDAN KECIL
               Tandan kecil ialah tandan yang mempunyai buah yang kecil dan beratnya kurang daripada 2.3 kg (5 1b) .
(12)  TANDAN ROSAK
              Tandan rosak ialah tandan yang lebih daripada tiga puluh peratus (30%) bahagian buahnya telah rosak diserang oleh binatang - binatang perosak terutamanya tikus.

 

(13)  TANDAN BERPENYAKIT  
              Tandan berpenyakit ialah tandan yang mempunyai buah yang tidak normal dari segi saiz atau kepadatannya atau tandan mempunyai lebih daripada lima puluh peratus (50%) buah "PARTHENOCARPIC' 

 

(14) TANDAN DURA
              Tandan dura ialah tandan segar yang buahnya mempunyai ciri - ciri seperti        berikut : -
(A) Tebal tempurung.   
       2 - 8 mm
(B) Nisbah tempurung dengan buah.
     25 - 50 %
(C) Nisbah mesokarpa dengan buah.
     20 - 60 %
(D) Nisbah isirong dengan buah.
       4 - 20 %
(E) Tiada gelung serabut di keliling biji.   

 

(15)  TANDAN RELAI
            Buah relai ialah buah yang berwarna oren kemerehan yang gugur daripada yang tandan segar kerana masak.  Buah relai hendaklah dihantar ke kilang dalam masa 24 jam selepas tandan dituai.                 
             
             
                
                                   01_03_t.gif (10897 bytes)01_04_t.gif (10650 bytes)                      

grapevin.gif (2131 bytes)